KILIM KARST GEOFOREST PARK:
Kalau
pergi ke Langkawi ni biasanya banyak ditawarkan pergi ke pulau-pulau dan ada
aktiviti yang telah disediakan. Sebaik turun dari kapal terbang atau feri mesti
dah nampak banyak travel agency yang menawarkan ni dah dapat pelbagai brosur
tentang Kilim ni. Harga dari RM100-500 ikut pakej dan masa dari 4 hingga 5 jam.
Kebanyakan harga pun lebih kurang sama sahaja jadi dari pening-pening
membandingkan harga, pilih ajalah apa yang ada depan mata. RM100 untuk
ramai-ramai maksudnya dalam bot tu kita sekali dengan pelancong lain. Yang
paling mahal tu kalau sewa sendiri.
Dalam
pakej tu biasanya:
Bat Cave
(Gua Kelawar)
Floating
Fish Farm (Tempat ternakan ikan –tuna, pari, siakap dll)
Crocodile
Cave(Gua Buaya)
Eagle
Watching (Tengok burung helang)
Monkey
Stop (Tengok monyet )
Swimming
at remote beach of Andaman Sea (Mandi di pantai Laut Andaman)
Shoe
Island (Pulau Kasut)
Mangrove
Swamp(Menyelusuri Paya Bakau)
Lunch di
Restorang Terapung
Pemandu
pelancong disediakan
Pengangkutan pergi dan balik ke hotel juga
disediakan

Seronok juga ambil pakej sharing sebab berkongsi
dengan pelancong luar negara. Bila bersama dengan derang ni seronok juga
sebab derang tanyak banyak soalan. Biasalah kita Malaysia ni rasa benda tu
biasa je tapi kalau derang mungkin rasa lain jadi banyaklah yang ditanya.
Gua Kelawar. Inilah Gotham
City sebenarnya, tempat Batman duduk hehe. Sebelum masuk tu, boleh sewa torch
light RM1, dengan berlagaknya sebab telefon ada torch light tak da la sewa,
sekali masuk-masuk wah gelap bukan main, torch light telefon tu boleh nampak
yang dekat je. Boleh la kalau nak suluh tempat kita berjalan tu je tapi kalau
nak suluh kelawar tak boleh hehe. Berpandukan pemandu pelancong
punya torch light je lah jalan.
Tempat ternakan ikan di Hole In The Wall juga merupakan restoran. Ikan
diberi makan ikan juga. Merasa beri ikan pari makan, kita pegang ikan tu, dan
pari tu akan datang hisap. Macam vakum. Kalau sesiapa saja-saja nak datang
makan sini boleh la datang dan check di sini
Menyelusuri
paya bakau di sepanjang perjalanan, memang mengasyikkan panorama di situ. Ada
sesetengah tempat tu bakaunya masih kecil sebab baru tanam, semuanya berpunca
daripada kilang arang yang mengambilnya sesuka hati. Sepatutnya bila dah ambil tanam
semula tapi bersikap lepas tangan, dan kerajaan telah ambil alih dengan menanam
semula.

Tengok kehidupan monyet tapi dari bot sahajalah.
Bahaya wei, tenungannya menakutkan rasa macam dia nak lompat ke kita sahaja.
Kalau tengok, badannya basah sebab derang ni pandai berenang. Boleh
juga beri makan tapi buah-buahan saja. Jangan rosakkan ekosistem di sini.
Tengok burung helang diberi makan. Ada 200 bot
di situ tapi hanya 4 bot sahaja yang dibenarkan beri makan pada helang
tu. Cantik tengok helang berterbangan dan ketika dia mencecah sungai untuk
menangkap lemak ayam yang dicampak sebagai makanan. Helang di sini jenis
Brahminy Kite yang banyak terdapat di sini. Kita beri makan supaya helang ni
tidak berhijrah ke tempat lain.
|
Gua
Buaya. Tiada buaya di dalamnya, tapi mendapat nama dari bentuk muka buaya di
pintu masuk gua tu. Dapat tengok juga paras air semakin rendah berikutan
pencemaran alam.
|
Pulau Kasut, subhanallah memang nampak macam satu
kasut gergasi.
|
Walaupun dalam tu tulis 4 jam tapi tak dalah
terkejar-kejar di setiap lokasi. Santai sahaja, berbaloi dengan duit yang
dibayar dan dapat tengok keindahan alam dan lebih juga dari masa yang
diberi.
|
|
| |